Secara ringkas orkid di kelaskan kepada beberapa peringkat seperti cara pertumbuhan dan cara hidupnya.Baca selanjutnya
A) Spesis – merujuk kepada orkid liar. Di dalam penulisan piawai adalah mudah untuk mengetahui sama ada sesuatu orkid itu adalah spesis dengan melihat pada:
a. Huruf ‘italic’ digunakan
b. Hanya huruf pertama sahaja huruf besar, yang lain adalah berhuruf kecil
Contoh : Phalaenopsis bellina
B) Hibrid – merujuk kepada orkid yang telah dikacukan di antara sesama genus atau sesama famili. Cara mengenal pasti sesuatu orkid itu hibrid mengikut penulisan piawai adalah seperti berikut;
a. Huruf tegak digunakan sepenuhnya
b. Setiap huruf pertama bagi setiap perkataan akan dimulai dengan huruf besar.
Contoh : Phalaenopsis Timothy Christopher
Contoh orkid kacuk sesama genus :
Bulbophyllum Meen Garuda – adalah hasil kacukan orkid daripada genus bulbophyllum. Ia terhasil daripada kacukan Bulbophyllum lasiochilum dengan Bulbophyllum echinolabium.
Contoh orkid kacuk sesama famili:
Aranda Majul ‘Rimau’ – adalah kacukan orkid daripada famili Vanda. Ia terhasil daripada kacukan Arachnis Maggei Oei dengan Vanda insignis.
(Nota : Arachnis Maggei Oei = Arachnis hookeriana X Arachnis flos-aeris)
Orkid yang popular di tanam di Malaysia
Kebanyakkan orkid yang mendapat permintaan ramai ialah orkid hibrid. Ini kerana beberapa faktor seperti;
- warna bunga yang lebih menarik
- bunga yang tahan lama
- pokok tahan lasak berbanding dengan orkid liar
- harga yang murah berbanding orkid liar
- saiz bunga yang lebih besar berbanding orkid liar
- sesuai untuk jualan keratan bunga
- Dendrobium
- Phalaenopsis
- Arachnis
- Vanda
- Cattleya
- Oncidium
No comments:
Post a Comment